• Ugut Jiran, Pembantu Akaun Dipenjara 4 Bulan

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+

    PETALING JAYA: Seorang pembantu akaun dipenjara empat bulan dan denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mengugut bunuh jirannya dengan memaki hamun menggunakan kata kesat, September lalu.

    Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Wong Gyen Jeng, 23, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

    Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan ketakutan terhadal arkitek, Rosetta Abu Bakar, 58, dengan mengeluarkan kata-kata ugutan, 'I tumbuk u mati nanti'.

    Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah, Jalan PJU 10/13B, Damansara di sini pada jam 4.45 petang, 20 September lalu.

    Pertuduhan itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

    Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

    Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee memohon supaya mahkamah mengambil kira kesan trauma yang dialami oleh mangsa sebelum menjatuhkan hukuman. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Ugut Jiran, Pembantu Akaun Dipenjara 4 Bulan "