• Turki Temui Semula Ribuan Artifak Purba

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+


    ISTANBUL: Polis Turki berjaya menyelamatkan ribuan artifak dari tamadun Anatolia, Greek dan Mesir dalam operasi besar-besaran bagi memerangi penyeludupan artifak purba negara itu.

    Antara artifak yang berjaya ditemui semula, termasuk mahkota keemasan milik permaisuri dengan ukiran Tuhan Helenistik Helios, yang didedikasi untuk penjajahan Iskandar Zulkarnain ke atas India dan patung dewa dari era Hitit, berusia lebih 3,000 tahun.

    Semua 26,456 artifak yang ditemui itu turut mencakupi patung berasal dari tamadun Mesir dan bekas dari jenis Phoenic.

    Polis Istanbul dalam satu kenyataan berkata, semua artifak yang diselamatkan itu jauh lebih bernilai daripada keseluruhan bahan pameran terhimpun dalam sebuah muzium bersaiz sederhana.

    Operasi selama tiga bulan itu berjaya mengesan sindiket penyeludupan berkenaan yang mahu membawa semua artifak itu ke luar negara untuk dijual kepada muzium dan pengumpul dengan harga jutaan dolar.

    Polis Turki sebelum ini berjaya menahan enam penyeludup, pada 12 Disember lalu di Wilayah Duzce di barat laut Turki ketika mereka cuba menjual sebahagian daripada artifak berkenaan.

    Tujuh lagi penyeludup ditahan di empat wilayah berbeza di seluruh negara. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Turki Temui Semula Ribuan Artifak Purba "