• Tuduhan Terhadap Cikgu Azizan Ditarik Balik

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+
    Foto UTUSAN
    RASAH 19 Dis. - Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepas tanpa membebaskan Azizan Manap, 44, daripada pertuduhan mencederakan muridnya, Oktober lalu.

    Majisteret Mohd. Zaki Abdul Rahman memutuskan demikian selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes terbabit ditarik balik.

    Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Rendah Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan itu, dituduh kerana dikatakan menampar seorang pelajar yang didakwa melakukan kesalahan disiplin berat berulang, antaranya, menghidu gam, bergaduh, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah. - UTUSAN


    Subjects:

  • No Comment to " Tuduhan Terhadap Cikgu Azizan Ditarik Balik "