• Trump Tuduh Korea Utara Lancar Serangan

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+


    WASHINGTON: Pentadbiran Trump secara terbuka menyalahkan Korea Utara kerana melancarkan serangan siber WannaCry yang melumpuhkan hospital, bank dan banyak syarikat lain di seluruh dunia, awal tahun ini.

    "Serangan itu begitu meluas hingga mengakibatkan kerugian berbilion-bilion dolar dan Korea Utara bertanggungjawab secara langsung," kata penasihat keselamatan dalam negeri Presiden Donald Trump, Tom Bossert dalam satu artikel yang diterbitkan dalam Wall Street Journal semalam.

    Rumah Putih dijangka akan mengeluarkan kenyataan susulan lebih formal yang menyalahkan Pyongyang hari ini, menurut seorang pegawai kanan pentadbiran.

    Menerusi siasatan dan penilaian terperinci, kerajaan AS mendapati sebuah entiti penggodam dikenali sebagai Lazarus Group, yang berkhidmat untuk kerajaan Korea Utara, melancarkan serangan WannaCry, kata pegawai yang enggan dikenali itu.

    Setakat ini, wakil kerajaan Korea Utara gagal dihubungi untuk mengulas lanjut.

    Negara terpinggir itu berulang kali menafikan bertanggungjawab melancarkan WannaCry dan menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai kempen mencemarkan nama negara itu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Tuduh Korea Utara Lancar Serangan "