• Trump Mengambil Keputusan Paling Bodoh Dalam Sejarah

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+

    UMUM telah pun ketahui keputusan muktamad Presiden Donald J. Trump secara satu pihak mengiktiraf bandaraya Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibukota negara Israel pada malam Rabu yang lalu.

    Beliau juga telah bersetuju untuk memindahkan kedutaaan negaranya yang kini berada di Tel Aviv ke bandaraya Baitulmaqdis.

    Tindakkan terbaru yang diambil oleh Presiden Trump ini boleh dianggap tindakkan yang paling bodoh dalam sejarah pentadbiran Amerika Syarikat khusus yang berkaitan dengan konflik antara masyarakat Palestin dan Israel semenjak penubuhan haram negara Israel pada tahun 1948.

    Tindakkannya ini juga bukan sahaja akan menjadikan konflik antara Palestin dan Israel bertambah buruk malah turut akan mengundang perasaan tidak puas hati dari kalangan umat Islam diserata dunia termasuk di Malaysia.

    Tindakkannya ini juga akan menyebabkan segala usaha peperangan terhadap keganasan menjadi bertambah sukar kerana pihak militan dan penganas akan mengunakan isu ini sebagai alasan untuk melakukan pelbagai jenis keganasan serta pada masa yang sama memudahkan usaha mereka untuk menyebarkan segala pengaruh militan serta keganasan ke serata dunia.

    Isu ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia melibatkan maruah serta masa depan umat Islam bukan sahaja di Palestin malah dari serata dunia termasuk di Malaysia.

    Apa yang menyedihkan ialah dalam menghadapi proses pilihanraya umum yang bakal tiba pada bila – bila masa sahaja dalam negara kita, ramai pihak termasuk kalangan ahli politik negara kita dilihat lebih gemar memberi fokus terhadap isu remeh temeh serta memberi sepenuh masa dan tenaga untuk berdebat antara satu sama lain.

    Fokus yang sepatutnya diberikan pada masa kini ialah mencari jalan bagi menghalang rancangan Presiden Donald J. Trump serta pihak – pihak tertentu yang sedang giat berusaha untuk menjadikan bandaraya Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

    Perlu diketahui umum, bandaraya Baitulmaqdis adalah hak mutlak milik masyarakat Palestin buat sekian lama, ianya dirampas oleh rejim Israel selepas negara – negara Arab kalah teruk dalam peperangan Enam Hari melawan rejim Israel.

    Sehingga kini status bandaraya Baitulmaqdis masih belum dimuktamadkan lagi oleh mana – mana negara dunia selain Amerika Syarikat serta pihak pertubuhan antarabangsa yang bertauliah seperti pihak Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB). Malaysia sebagai sebuah negara yang berpengaruh dikalangan negara – negara Islam serta diperingkat antarabangsa perlu mengunakan segala pengaruh yang ada untuk mematahkan rancangan untuk menjadikan bandaraya Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

    Sebarang pertelingkahan politik yang sedang sibuk dibuat pada masa kini perlu dikurangkan pada kadar minimum. Fokus sepatutnya diberikan bagi membantu masyarakat Palestin yang sedang terkapai – kapai mencari sokongan dan bantuan.
    Masa dan tenaga yang dimiliki oleh semua pihak serta di kalangan ahli sepatutnya digunakan bagi mengagalkan rancangan terkini Presiden Donald J. Trump dan bukannya sibuk mencari kelemahan pihak lawan dalam politik serta memberi fokus terhadap masa depan karier politik masing – masing.

    Oleh:
    Dr. Muzaffar Syah Mallow,
    Pensyarah Kanan,
    Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU),
    Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Mengambil Keputusan Paling Bodoh Dalam Sejarah "