• Trump Kecewa Dengan China

    Published: Friday, 29 December 2017
    A- A+

    WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata beliau amat kecewa kerana China membenarkan minyak memasuki Korea Utara.

    Trump berkata, tindakan itu akan menghalang ‘satu penyelesaian mesra’ terhadap krisis berkaitan program nuklear negara terbabit.

    “Amat kecewa China membenarkan minyak masuk ke Korea Utara. Ini bukan satu penyelesaian mesra terhadap masalah Korea Utara jika ia terus berlaku!” tulis Trump di Twitter.

    Terdahulu, China berkata, tiada jualan minyak melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selepas sebuah akhbar Korea Selatan mendakwa, kapal Beijing dan Pyongyang berpakat secara sulit di perairan untuk membawa masuk minyak ke Korea Utara. – REUTERS/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Kecewa Dengan China "