• Trump Dijangka Iktiraf Baitulmaqdis

    Published: Sunday, 3 December 2017
    A- A+

    WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) dijangka membuat pengumuman mengenai pengiktirafan AS terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

    Menurut sumber kepada stesen penyiaran CNN, pengiktirafan dari Donald Trump tersebut bagaimanapun hanya merujuk kepada bahagian barat Baitulmaqdis.

    Keputusan itu, kata sumber berkenaan kerana pihak Palestin mahukan bahagian timur bandar lama tersebut sebagai pusat pemerintahan mereka.

    Sumber CNN bagaimanapun bukanlah sesuatu yang pasti dan perkara sebenar hanya boleh diketahui Selasa depan.

    “Presiden masih mempertimbangkan keputusan dan kami tiada apa-apa untuk diumumkan,” kata jurucakap White House kepada CNN. – mStar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Dijangka Iktiraf Baitulmaqdis "