• Trump Akan Isytihar Baitulmaqdis Ibu Negara Israel, Liga Arab Bermesyuarat

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+


    Ramallah: Menteri Luar Palestin, Riad al-Maliki pada Ahad menggesa Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan situasi di Baitulmaqdis, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

    Gesaan itu disuarakan, di tengah laporan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dikatakan sedang bersiap sedia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

    Menurut kenyataan Kementerian Luar Palestin, diplomat Palestin itu mendesak mesyuarat tergempar diadakan menerusi perbualan telefon dengan ketua Liga Arab, Ahmed Abul-Gheit dan Setiausaha Agung OIC, Yousef al-Othaimeen.

    Al-Maliki memberi amaran, langkah AS itu "akan memberi kesan serius" dan "mewujudkan keadaan tidak stabil di wilayah Palestin dan rantau berkenaan".

    Baitulmaqdis dilihat kekal menjadi inti pati kepada konflik Israel-Palestin.

    Semasa pemilihannya sebagai Presiden, Trump berjanji untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Akan Isytihar Baitulmaqdis Ibu Negara Israel, Liga Arab Bermesyuarat "