• TPM rasmi laman media

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan Laman Media yang menempatkan ruang kerja pengamal media yang bertugas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

    Beliau yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden turut meluangkan masa selama satu jam untuk melawat laman media di samping bersarapan bersama ketua pengarang dari pelbagai agensi.

    Majlis pelancaran itu turut disertai Setiausaha Kerja parti berkenaan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan pengurusan tertinggi organisasi media termasuk Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Jalil Abdul Hamid dan Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

    Laman Media yang terletak di aras empat PWTC disediakan kepada petugas media sebagai satu perkampungan dengan infrastruktur dan kemudahan elektronik bagi memudahkan mereka membuat liputan.

    Berbanding laman media yang ditempatkan dulu pada aras dua, kali ini keluasannya tiga kali ganda lebih besar dan kondusif.

    Seramai 1,800 pengamal media dari 75 agensi media cetak dan elektronik meliputi 61 agensi tempatan dan 14 antarabangsa, hadir membuat liputan sepanjang perhimpunan terbabit yang membuka tirainya hari ini.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " TPM rasmi laman media "