• TPM Mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan NGO

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negara ini dalam tempoh terdekat.

    Beliau berkata, fokus utama mesyuarat itu bagi menyelaraskan kesemua NGO yang berdaftar melalui Pendaftar Syarikat (ROC) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

    Jelas beliau, langkah proaktif perlu diambil segera bagi memantau NGO-NGO berkenaan selain bertindak sebagai usaha menangani masalah manipulasi dalam pertubuhan tersebut.

    “Terdapat tiga kategori NGO yang berdaftar di negara ini, iaitu kategori pertama berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), persatuan sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan dan syarikat yang mendaftar sebagai NGO.

    “Atas sebab itu, usaha penyelarasan perlu dilaksanakan kerana terdapat beberapa NGO kononnya mempejuangkan suatu isu tetapi sebenarnya menjadi satu kumpulan pendesak di luar akta pertubuhan masing-masing,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Khairul Azwan Harun mengenai usaha kerajaan dalam menyelaraskan pendaftaran NGO di negara ini, di Dewan Negara, hari ini. - UTUSAN ONLINE.

    Subjects:

  • No Comment to " TPM Mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan NGO "