• Tosia, Krim Tegang Kulit Dalam 5 Minit

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR – WMC Resources Sdn. Bhd. (WMC Resources) menyasarkan jualan RM1 juta sepanjang tahun 2018 bagi produk kecantikan biologi inovasi jenama Tosia,Timing Multi-Potent Cream.

    Pengasas bersama dan Naib Pengarah Urusannya, Penny Siah Kar Poh berkata, WMC Resources optimis sasaran itu dicapai menerusi promosi penjenamaan yang akan dijalankan secara agresif selain keunikan produk ditawarkan.

    “Produk Timing Multi-Potent Cream ini kini dijual eksklusif secara atas talian menerusi laman web kami dan pengedar sah.

    “Kami berharap produk ini diterima baik masyarakat di pasaran Malaysia malaha ia mula mendapat minta daripada negara-negara lain seperti Afrika Selatan, Timur Tengah, negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Jerman,” katanya selepas pelancaran jenama Tosia di sini baru-baru ini.

    Krim Tosia didatangkan dalam dua pek, 10 gram dan 27 gram, masing-masing dijual pada harga RM189 dan RM488.

    Turut hadir Pengarah Urusan WMC Resources, Wissam Mallouk.

    Penny memberitahu, Timing Multi-Potent Cream diformulasi gabungan bahan aktif mentah botani semula jadi berkualiti tinggi dan teknologi saintifik inovasi.

    “Kesannya dapat dilihat sebaik sahaja disapu di leher apabila kulit muka menjadi tegang selepas lima minit. Malah produk ini juga boleh digunakan di mana-mana bahagian badan lain kerana memiliki kebaikan yang pelbagai.

    “Pengguna juga tidak perlu risau kerana ia selamat digunakan kerana telah dapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

    “Malah pengguna tidak perlu menukar produk yang sedia ada kerana ia boleh dipakai bersama produk lain dalam satu masa,” katanya.

    Sementara itu Wissam berkata, WMC Resources juga merancang mengeluarkan 10 produk kecantikan dan biologi inovatif baharu dalam tempoh dua tahun akan datang.

    Krim itu didatangkan dalam dua pek, 10 gram dan 27 gram, masing-masing dijual pada harga RM189 dan RM488.

    Sementara itu, mereka yang berminat mendapat produk Tosia boleg melayan laman Facebook Tosia kerana kini menawarkan diskaun kepada pembeli. – MalaysiaGazette

    Subjects:

  • No Comment to " Tosia, Krim Tegang Kulit Dalam 5 Minit "