• 'Top gun' PDRM bertukar, naik pangkat

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+

    POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran serta kenaikan pangkat 41 pegawai kanan berkuat kuasa 15 Januari depan.

    Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran itu membabitkan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk A Thaiveegan yang dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang; Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Integriti) Bukit Aman Datuk Abd Rahim Jaafar dilantik sebagai Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman.

    “Turut ditukarkan adalah Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Azri Ahmad sebagai Timbalan Pengarah Integriti Bukit Aman dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Pahang Datuk Jamaludin Kudin yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang,” katanya.

    Sementara itu, Setiausaha Polis Malaysia Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dinaikkan pangkat ke Deputi Komisioner Polis.

    “Ketua JSJK Kontinjen Perak Datuk Gan Tian Kee pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Siasatan dan Pemalsuan/Jenayah Komplot) JSJK Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Penolong Pengarah Anti Pemerdagangan Orang/Penyeludupan Migran JSJ (D7C) Asisten Komisioner Maszely Minhad pula dinaikkan pangkat menjadi Senior Asisten Komisioner.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " 'Top gun' PDRM bertukar, naik pangkat "