• Tisu Ini Diperbuat Dari Najis Panda

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+


    SICHUAN - CHINA. Tisu 'mewah' yang diperbuat dari najis panda kini dijual dengan harga 43 yuan (RM26.46) sekotak, 10 kali ganda dari harga tisu biasa.

    Selain diproses dari najis panda, tisu Panda Poo tersebut juga menggunakan lebihan buluh yang dikumpul dari tiga pusat pemeliharaan panda di Sichuan.

    Menurut SCMP, produk berkenaan merupakan hasil kerjasama diantara Pusat Penyelidikan dan Pemeliharaan Panda Gergasi dan syarikat tisu Sichuan Jianwei Fengsheng.

    Harga tisu tinggi didakwa disebabkan proses penghasilan yang rumit, antaranya proses mendedahkan bahan terlibat pada suhu yang tinggi.

    "Kami pastikan tisu-tisu berkenaan mencapai piawaian antarabangsa, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah," kata Pengurus Sichuan Jianwei Fengsheng, Zhou Chuanping.

    Seekor panda gergasi mampu menghasilkan lebih 10 kilogram najis setiap hari, kata penyelidik, Huang Yan.

    Sebuah pusat panda pula memelihara lebih 300 ekor panda di Wolong, Bifengxia dan Dujiangyan.

    Selain tisu, najir panda yang kaya dengan serat juga digunakan sebagai baja di ladang-ladang teh di Sichuan.

    Ladang-ladang teh tersebut bertanggungjawab menghasilkan Teh Panda yang merupakan salah satu jenama teh termahal di dunia.- Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Tisu Ini Diperbuat Dari Najis Panda "