• Tinju KO Muka Isteri!

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+

    Seorang suami bertindak ganas apabila menumbuk muka isterinya selepas menyangka mangsa merotan dua anak kecil mereka.

    Dalam kejadian di Kampung Melayu Subang di sini, kelmarin, mangsa berusia 29 tahun

    lebam di pipi apabila ditumbuk mendadak sebelum sempat menjelaskan kejadian sebenar.

    Malah mangsa turut dimaki dan ditengking suaminya berusia 39 tahun.

    Sumber polis berkata, mangsa yang ketika itu sedang memasak di dapur mendengar bunyi bising disusuli pertengkaran dua anak lelakinya berusia lima dan enam tahun.

    “Berikutan itu, mangsa yang juga suri rumah cuba meleraikan pergaduhan anaknya dengan meminta mereka bermain bersama dan tidak bergaduh.

    “Ketika itu salah seorang anaknya memegang rotan menyebabkan mangsa merampas dan mahu menyimpannya di tempat lain,” katanya.

    Menurutnya, suspek yang melihat mangsa memegang rotan terus menumbuk muka wanita terbabit kerana menyangka mangsa merotan anaknya.

    “Mangsa ditumbuk dua kali di muka menyebabkannya lebam selain turut ditengking serta dimaki kononnya mendera anak.

    “Wanita langsung tidak diberi peluang untuk memberikan penjelasan sebelum suspek berlalu pergi meninggal mangsa dalam kesakitan,” katanya.

    Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang untuk tindakan lanjut.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Tinju KO Muka Isteri! "