• Tingkap helikopter pengangkut AS terjatuh di Okinawa

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    TOKYO: Tingkap helikopter pengangkut Amerika Syarikat (AS) terjatuh ke atas padang sukan sebuah sekolah berhampiran pangkalan udara Marin AS di Okinawa hari ini, terbaru dalam siri kemalangan yang menyemarakkan kebimbangan keselamatan di pulau di selatan Jepun itu.

    Berikutan itu, seorang budak lelaki 10 tahun mengalami cedera ringan tetapi punca sebenar kejadian tidak diketahui, kata pegawai Okinawa.

    Mangsa adalah antara 50 kanak-kanak yang berada di pekarangan sekolah rendah itu apabila tingkap berkenaan terjatuh dari helikopter pengangkut AS, CH-53E.

    Kerajaan Jepun dan pihak berkuasa Okinawa berbalah sekian lama berhubung pangkalan Futenma.

    Penduduk mengadu mengenai apa yang dilihat sebagai bebanan tidak adil ditanggung mereka dalam menyokong kehadiran tentera AS di Jepun.

    Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga, berkata: "Ini adalah antara kejadian yang mencetuskan kebimbangan bukan hanya dalam kalangan mereka yang terbabit dengan sekolah tetapi juga penduduk Okinawa dan ia tidak sepatutnya berlaku".

    Suga memberitahu sidang akhbar bahawa kerajaan akan bertindak sewajarnya selepas mendapat penjelasan daripada pegawai AS. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Tingkap helikopter pengangkut AS terjatuh di Okinawa "