• Tiga maut di Texas

    Reporter: Yusz Man
    Published: Saturday, 30 December 2017
    A- A+


    AUSTIN, TEXAS: Seorang bekas pekerja di sebuah kedai membaiki kereta di Houston menembak mati dua rakan sekerja semalam, sebelum membunuh dirinya, kata polis di sini.

    "Dua mangsa yang ditembak ditemui mati di tempat kejadian," kata Penyiasat, D. Crowder.

    Lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan ke arah dua pekerja terbabit, keluar dari kedai dan membunuh dirinya di halaman berdekatan.

    Insiden itu berlaku dalam hanya beberapa minit, kata polis.

    Identiti mangsa dan penembak juga masih belum didedahkan. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Tiga maut di Texas "