• Tiga Maut Dalam Insiden Tembakan Di AS

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+
    HOUSTON – Dua pelajar terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah sekolah tinggi di New Mexico, barat laut Amerika Syarikat dan penyerang turut maut dalam kejadian itu.

    Pegawai Polis New Mexico (NMSP), San Juan County pada satu sidang media berkata, identiti penyerang belum dikenal pasti dan hanya mendedahkan suspek adalah seorang lelaki.

    Agensi berita Xinhua melaporkan, polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial kononnya ramai mangsa cedera dalam kejadian itu.

    Polis masih menyiasat motif kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi, Khamis itu dan saksi kejadian diminta tampil memberikan maklumat.

    Aztec terletak kira-kira 290 kilometer di barat laut Albuquerque, ibu negeri New Mexico. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Tiga Maut Dalam Insiden Tembakan Di AS "