• Tiga lelaki leka punggah 5,700 karton rokok seludup ditahan

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+


    BHARU - Tiga lelaki ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan ketika sedang memunggah sebanyak 5,700 karton rokok seludup jenama Saat bernilai RM728,460 termasuk cukai di sebuah ladang kelapa di Kampung Telaga Ara, Gunong, Bachok di sini semalam.

    Dalam serbuan pada pukul 8.30 malam, dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Thailand berusia 30 hingga 50 tahun yang ditahan dipercayai menjadi orang tengah mendapat upah lumayan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.


    Pengarah JKDM Kelantan, Datuk Mohd. Nasir Yusoff berkata, kesemua yang ditahan termasuk pemandu lori disyaki mengangkut rokok seberat 969 kilogram itu dari sempadan untuk dijual di sekitar premis, bazar dan kedai runcit negeri ini.

    Katanya, pihaknya telah membuat intipan dan serbuan ke atas sebuah lori jenis Isuzu yang berada dalam keadaan mencurigakan.

    “Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati lori berkenaan membawa rokok belum lulus kastam ke ladang kelapa yang terletak di kawasan terpencil.

    “Siasatan lanjut turut mendapati sindiket ini menggunakan modus operandi terbaharu iaitumenyimpan kotak-kotak rokok di dalam beberapa bahagian pembagi yang diperbuat daripada papan lapis sebelum dibalut kemas seperti perabot bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya di sini hari ini. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Tiga lelaki leka punggah 5,700 karton rokok seludup ditahan "