• Tiga Dekad Tinggal Di Hutan

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    JAWA TIMUR - INDONESIA. Selama 32 tahun, Mbah Panidin tinggal seorang diri di tengah hutan berhampiran Desa Bobol, Bojonegoro.

    Lelaki tua berusia 73 tahun itu semakin uzur dan hidup daif di pondok kecil yang serba kekurangan.

    Lebih memilukan, pondok tersebut umpama reban ayam dan tidak sesuai didiami.

    Bagaimanapun, nasib Mbah Panidin terbela selepas menerima kunjungan anggota Polis Bojonegoro baru-baru ini.

    Rombongan diketuai AKP Aristianto itu turut menyampaikan keperluan asas termasuk pakaian kepada warga emas tersebut.

    "Melalui perbualan saya dengan Mbah Panidin, dia telah menetap di sini sejak lebih 30 tahun lalu.

    "Dia mungkin merajuk selepas terlibat konflik dengan ahli keluarganya," kata Aristianto.

    Sementara itu, Bobol Harinto memberitahu penduduk kampung telah lama memujuk Mbah Panidin supaya meninggalkan hutan tersebut namun usaha itu sia-sia. - Suarajatipost

    Subjects:

  • No Comment to " Tiga Dekad Tinggal Di Hutan "