• Tiga Angkat Sumpah Sumpah Sebagai Senator

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Dr Nuing Jeluing dan bekas Pengerusi MCA Pagoh Datuk Lim Pay Hen hari ini mengangkat sumpah sebagai senator buat pertama kali.

    Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah pula mengangkat sumpah sebagai senator untuk penggal kedua.

    Ibrahim, bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari 2001 hingga 2009, dilantik sebagai anggota Dewan Negara buat pertama kali pada 3 Nov 2014.

    Mereka bertiga mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran di Dewan Negara di sini.

    Dr Nuing, 65, dari Miri, Sarawak dipilih sebagai senator bagi menggantikan Datuk Lihan Jok penggal perkhidmatannya tamat pada 7 Dis tahun lepas.

    Dr Nuing ketika ditemui pemberita selepas itu, berkata pelantikan tersebut akan memberi peluang kepadanya memperjuangkan nasib rakyat di negara ini terutamanya di Sarawak.

    Lim, 60, anak jati Jementah, Segamat, Johor, pula berkata pelantikan itu merupakan peluang untuknya terus menjaga kebajikan dan pembangunan masyarakat tempatan khususnya masalah yang dihadapi rakyat.

    "Saya akan memainkan peranan aktif dalam menyelesaikan isu-isu semasa melibatkan masyarakat terutamanya melibatkan kaum Cina," katanya.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Tiga Angkat Sumpah Sumpah Sebagai Senator "