• Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Letupan Di New York

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam letupan di terminal bas Port Authority berhampiran Times Square di Manhattan, New York semalam.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata letupan itu menyebabkan empat orang termasuk suspek mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa.

    “Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden itu. Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat kejadian,” demikian menurut kenyataan tersebut.

    Menurut kenyataan itu, Konsulat Jeneral Malaysia di New York akan terus memantau rapi situasi dan akan memberikan laporan perkembangan terkini.

    Media antarabangsa melaporkan seorang lelaki telah ditahan oleh Polis Kota Raya New York berkaitan serangan pengganas di terminal bas utama bandar raya itu. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Letupan Di New York "