• Tiada Negara Tawar Khidmat Masyarakat Seperti BN

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Rakyat sepatutnya berbangga dan bersyukur terhadap kemurahan hati Umno dan BN dalam memberi serta menawarkan khidmat terhadap rakyat.

    Presiden Umno,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hanya Malaysia dibawah pemerintahan BN sahaja yang bersungguh-sungguh membantu ekonomi dan pembangunan rakyat.

    "Mana ada negara lain di dunia, yang mampu menawarkan khidmat sebegini kepada rakyatnya, melainkan Malaysia di bawah pimpinan Umno dan BN.

    "Di sisi lain, sejak Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenalkan, lebih RM25 bilion telah kita agih-agihkan.

    "Ini belum termasuk pemberian BR1M tahun 2018, sebanyak RM6.8 bilion, memanfaatkan lebih tujuh juta penerima, sehingga jumlah mencapai RM1,200 seorang," katanya ketika berucap pada Persidangan Perhimpunan Agung Umno 2017 di sini, hari ini.

    Dalam masa sama, Najib sempat menyindir pembangkang yang 'gigih' melaksanakan langkah sama, yang kononnya dilaksanakan bagi menyokong ekonomi rakyat.

    "Tentang BR1M ini pun, dulu dituduhnya kita merasuah rakyat, tapi sekarang sudah terbalik, dan membuat U-turn jika mereka memerintah, konsep subsidi bersasar BR1M yang kita buat, akan ditiru pulak pelaksanaannya.

    "Inilah perangai depa, asyik dok U-turn, U-turn, dan U-turn," tujah Najib.

    Bercakap soal cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pula, Najib berkata, GST terbukti menjadi penyelamat ekonomi negara kerana tanpa kutipan GST RM41 bilion, negara tidak boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat.

    "Sebaliknya, pihak pembangkang sampai hari ini, masih tidak sepakat tentang keputusan menerima sistem GST, ada yang kata GST diterima tapi zero-rated.

    "Itulah dia pembangkang, macam saya sebut sebelum ini, yang konsisten dalam pembangkang hanyalah sifat tidak konsisten mereka," bidasnya. - SinarHarian

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada Negara Tawar Khidmat Masyarakat Seperti BN "