• Tiada Masalah Untuk BN Tawan Semula Kerusi Majoriti Melanau

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    Umum mengetahui bukan mudah untuk pembangkang menawan kerusi luar bandar yang menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya.

    Banyak faktor menyebabkan perkara tersebut berlaku termasuk calon yang diturunkan, fokus utama pembangunan di luar bandar selain sentiasa dekat dengan parti komponen BN.

    Begitu juga dengan kerusi parlimen majoriti Melanau, BN memiliki peluang cerah untuk mengulangi pencapaian yang diraih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

    Memetik laporan Utusan Borneo, penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, BN bakal memenangi semua konstituensi parlimen majoriti Melanau dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Menurutnya, pola pengundian adalah serupa dan tidak berubah bagi konstituensi Melanau seperti dialami pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

    "Rakyat juga boleh lihat 'track record' PBB sendiri dalam kepimpinan Sarawak," katanya.

    Antara faktor yang memberi kemenangan semula kepada BN jelas Jeniri merangkumi sentimen Melanau dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu sendiri yang sentiasa dekat sejak dahulu.

    Selain itu menurutnya, ketidakyakinan rakyat terhadap pihak pembangkang juga turut menyumbang kepada faktor kemenangan BN-PBB di konstituensi Melanau.

    Ia ditambah dengan kemampuan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang sentiasa mengambil kira kebajikan masyarakat Melanau.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada Masalah Untuk BN Tawan Semula Kerusi Majoriti Melanau "