• Tiada Kesepakatan Faktor Utama Penyumbang Kekalahan

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 26 December 2017
    A- A+

    Menteri Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee menyarankan parti SUPP dan UPP bersatu demi merampas kembali kerusi Parlimen Sibu dan Lanang pada Pilihan Raya Umum  Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, Dr Annuar berkata tanpa persetujuan pemilihan calon dan tiada kesepakatan sama ada SUPP dan UPP akan menjadi faktor utama penyumbang kegagalan memenangi kedua-dua kerusi.

    "Bila-bila masa sahaja PRU14 akan tiba, kini masa untuk SUPP-UPP membuang ego masing-masing demi kepentingan BN memastikan masa depan yang lebih baik untuk rakyat Sibu.

    "Hanya perpaduan di antara SUPP dan UPP sahaja dapat memastikan peluang BN untuk memenangi Sibu dan Lanang. Adalah penting untuk BN menuntut kedua-dua kerusi ini yang telah lama dipegang pembangkang, supaya lebih banyak pembangunan dapat disalurkan ke Sibu," katanya.

    Menurut Dr Annuar lagi, SUPP menegaskan partinya menolak terus formula calon langsung.

    "Sekiranya SUPP menolak formula calon langsung dan UPP tidak bersetuju dengan calon SUPP, ini akan memberi kelebihan kepada pembangkang mengekalkan kerusi mereka.

    ""Walaupun saya ahli PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) dan tidak boleh bercakap atau campur tangan dalam masalah dalaman yang membelenggu UPP dan SUPP namun sebagai wakil rakyat Nangka, yang mana antara tiga kawasan di bawah kawasan Parlimen Sibu yang besar, menjadi harapan saya untuk melihat kedua-dua pihak menjadi satu sekaligus untuk memenuhi kehendak kepimpinan tertinggi BN," ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Tiada Kesepakatan Faktor Utama Penyumbang Kekalahan "