• Tiada Kata Putus Calon Langsung BN Bertanding PRU14

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Di bawah prinsip Barisan Nasional (BN), hanya calon daripada parti komponen  BN yang boleh bertanding di bawah tiket BN, demikian kata Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)) Datuk Dr Si Kui Hian.

    Menurutnya, kemungkinan bagi calon langung BN untuk bertanding buat masa sekarang hanyalah sekadar cakap-cakap sahaja.

    "Ia (calon langsung BN) mesti dipersetujui oleh Majlis Tertinggi BN," kata beliau. 

    Menurut laporan Utusan Borneo, SUPP sebelum ini memberitahu parti tersebut telah menerima jaminan daripada BN Pusat bahawa mereka akan bertanding di semua tujuh kerusi parlimen yang diperuntukkan kepada mereka. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada Kata Putus Calon Langsung BN Bertanding PRU14 "