• Tiada Alasan Untuk Tidak Dicalonkan - Riot

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+

    Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata tiada alasan untuk beliau tidak dicalonkan semula pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Riot yakin beliau akan dicalonkan semula kerana beliau sentiasa turun padang untuk memberi khidmat kepada semua akar umbi.

    “Bagi saya, tiada alasan untuk menggantikan dan tidak memilih saya sebagai calon kerana saya telah bekerja, di mana anda boleh mendapat respons di peringkat akar umbi dan sebagainya.

    “Saya yakin untuk terus dicalonkan melainkan ia datang daripada Perdana Menteri, tetapi sehingga kini saya diminta untuk bekerja di peringkat akar umbi,” katanya.

    Riot yang juga Menteri Sumber Manusia juga menafikan tiada suara sumbang yang tidak mahu beliau bertanding dan tiada masalah di kawasannya di Serian.

    "Saya sentiasa berada di lapangan dan setiap hujung minggu saya akan balik ke Serian kecuali saya perlu menghadiri majlis rasmi di Kuala Lumpur atau luar negara,” katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Tiada Alasan Untuk Tidak Dicalonkan - Riot "