• The Rock ‘Rebut’ Kerusi Presiden AS Tahun 2020?

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+

    BEKAS ahli gusti yang kini berjaya lebar sayap dalam arena lakonan, The Rock mengejutkan dunia apabila bakal bertanding pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2020 kelak.

    Spekulasi tersebut dikuatkan lagi dengan kenyataan dalam satu posting yang dimuat naik oleh beliau menerusi laman Twitter pada 27 Julai lalu.

    Pada posting berkenaan jelas terlihat pemilik nama sebenar Dwayne Johnson ini memberi reaksi positif terhadap laporan TIME mengenai isu pencalonannya sebagai calon yang bakal bertanding untuk kerusi presiden.

    Bukan itu sahaja, malah beliau turut mengucapkan sekalung terima kasih kepada media berkenaan atas idea dan juga pada semua pihak yang menyokong perkara berkenaan.

    “Terima kasih TIME. Saya mengucapkan terima kasih atas idea tersebut dan mendapat sokongan yang sangat nyata.

    “Beberapa dari sekarang jika saya mampu melangkah menjadi pemimpin yang kuat, berpengaruh dan otentik bagi masyarakat dan negara, saya akan (menjadi presiden),” kata figura berusia 44 tahun itu dipetik sebuah portal online.

    Susulan itu, Dwayne memberitahu bahawa beliau kini akan lebih serius untuk mempertimbangkan usaha ke peringkat pencalonan sebagai presiden.

    “Aku benar-benar serius mempertimbangkannya sekarang. Ya!” ujarnya ketika menjadi tetamu dalam program bual bicara, Ellen DeGeneres Show.

    Meskipun Dwayne masih belum tersenarai secara rasmi sebagai calon namun figura ini sudah pun mempunyai ramai penyokong termasuklah rakan-rakan artis sendiri antaranya, Kevin Hart.

    Menurut Kevin, sekiranya hero filem San Andreas ini berjaya merebut ‘kerusi’ berkenaan maka beliau sama sekali tidak teragak-agak untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap pelakon berkenaan.

    “Jika dia berjaya menempatkan diri di posisi itu, dia akan mendapat sokongan penuh dari saya. Saya tahu dimana hatinya. Saya benar-benar mengenalinya.

    “Jadi, saya tahu jika dia meletakkan dirinya di posisi itu, itu untuk kebaikan orang-orang. Saya hanya akan bertepuk tangan dan memberikan sokongan untuk itu,” kata Kevin.

    Sementara itu memetik sumber, berdasarkan hasil polling dibuat pada musim panas lalu, ternyata figura berbadan sasa ini menjadi sebutan ramai dan dianggap begitu layak ganti presiden Donald Trump. – MYNEWSHUB.CC/AM

    Subjects:

  • No Comment to " The Rock ‘Rebut’ Kerusi Presiden AS Tahun 2020? "