• The Rock Kongsi Berita Gembira

    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    PELAKON The Rock atau Dwayne Johnson, 45, berkongsi berita gembira mengenai jantina bayi keduanya bersama kekasih, Lauren di laman Instagram.

    The Rock memuat naik foto anak pertamanya, Jasmine dengan kapsyen memberitahu dia bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.

    "Ia adalah perempuan. Tak sabar nak jadi kakak dan akhirnya ketua!" tulis The Rock.

    Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan tidak sabar menantikan kelahiran bayi tersebut.

    Pasangan ini telah menjalinkan hubungan selama 10 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " The Rock Kongsi Berita Gembira "