• Terjun Sungai Ada Buaya

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    Wanita berusia 30-an dikhuatiri lemas selepas terjun sungai daripada Jambatan Connaught, Klang hari ini.

    Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan 7.30 pagi memaklumkan kejadian terbabit.

    Menurutnya, 19 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Pelabuhan Klang termasuk unit skuba dari Shah Alam serta Unit Anjing Pengesan (K9) bergegas ke lokasi.

    “Pada masa sama, Perodua Alza merah dipercayai dipandu wanita itu di parkir di bahu jalan jambatan manakala kuncinya diletak di bawah kereta.

    “Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan dan ia perlu dilakukan dengan berhati-hati berikutan terdapat buaya di sungai berkenaan,” katanya.

    Difahamkan, identiti wanita itu sudah dikenal pasti dan keluarganya turut dimaklumkan mengenainya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Terjun Sungai Ada Buaya "