• Tergantung Di Halaman Rumah

    Published: Tuesday, 26 December 2017
    A- A+

    Lelaki berusia 38 tahun ditemui mati tergantung dengan tali nylon di rumahnya di Simpang Empat, Alor Setar, hari ini.

    Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai tukang cat ditemui isterinya ketika bangun tidur yang terkejut melihat mangsa tergantung di halaman rumah.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Yazri Ismail berkata, sebelum kejadian, mangsa difahamkan baru pulang dari Pulau Pinang.

    Menurutnya, isterinya yang bangun daripada tidur, pelik kerana suaminya tiada di dalam rumah sebelum memeriksa di luar.

    “Dia terkejut menemui mangsa tergantung di halaman rumah dengan tali nylon lalu membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat," katanya.

    Yazri berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah.

    “Mayat dihantar ke Bilik Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan selanjutnya dan kes dikasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Tergantung Di Halaman Rumah "