• Tentera Siap Sedia Hadapi Bencana Banjir Di Sarawak

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+
    Datuk Stephen Mundaw
    KUCHING: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Divisyen Pertama Infantri Malaysia telah bersiap sedia untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) dalam menghadapi sebarang bencana banjir di negeri ini.

    Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw berkata, pihak tentera di Sarawak sentiasa bersedia untuk membantu dan berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dan JPBN dalam tugas menyelamat semasa banjir.

    Menurutnya, anggota dan aset ketenteraan telah berada dalam keadaan bersiapsedia untuk digerakkan pada bila-bila masa bagi memberi bantuan kepada penduduk yang terjejas.

    “Dalam menghadapi situasi seperti ini pihak tentera juga telah membuat persediaan dan latihan simulasi banjir bersama agensi penyelamat yang dikordinasikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

    Beliau berkata, pada masa ini Kumpulan Tinjau (Recce Party) tentera turut digerakkan bagi membantu dalam memantau kawasan-kawasan yang dijangka akan dinaiki air.

    “Situasi banjir di Sarawak pada masa ini masih terkawal, namun orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berjaga-jaga,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Tentera Siap Sedia Hadapi Bencana Banjir Di Sarawak "