• Tentera Korea Utara dipindahkan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Sunday, 17 December 2017
    A- A+

    SEOUL: Seorang tentera Korea Utara yang cedera parah selepas ditembak ketika melintasi sempadan menuju ke Korea Selatan sudah dipindahkan ke sebuah hospital tentera, kata seorang pegawai perisik Korea Selatan, hari ini.

    Tentera Korea Utara, Oh Chong Song, 24, dipindahkan ke hospital tentera semalam dari pusat trauma di Hospital Universiti Ajou di selatan Seoul di mana dia dirawat akibat luka tembakan dan dua pembedahan sebelum ini.

    "Oh sudah pun dipindahkan ke hospital tentera Korea Selatan dan perkhidmatan perisikan akan dijadualkan memproses soal siasat berkaitan keselamatan dengan bergantung kepada keadaan Oh," kata pegawai perisikan memberitahu Reuters.

    Subjects:

  • No Comment to " Tentera Korea Utara dipindahkan "