• Tentera Korea Utara Belot

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+


    SEOUL: Seorang askar Korea Utara berpaling tadah dan lari ke Korea Selatan, hari ini melalui Zon Bebas Tentera (DMZ), yang memisahkan semenanjung itu.

    Jurucakap Kementerian Pertahanan Seoul berkata, pegawai berpangkat rendah itu berjaya merentasi bahagian tengah sempadan berkenaan.

    Ia berlaku sebulan selepas satu cubaan belot oleh seorang askar di Panmunjom, sebuah perkampungan yang memisahkan dua negara bermusuh itu.

    Dalam kejadian bulan lalu, askar itu dikatakan memandu laju ke arah sempadan yang dikawal ketat sebelum berlari sambil dihujani peluru daripada pihaknya sendiri. Beliau ditembak sekurang-kurangnya empat kali.

    Askar yang berjaya diselamatkan tentera Korea Selatan itu kini semakin pulih selepas menerima rawatan di hospital.

    Kes belot hari ini adalah yang keempat oleh seorang askar melalui DMZ, tahun ini. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Tentera Korea Utara Belot "