• Tempoh Tahanan Ahed Dilanjut

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    RAMALLAH: Penahanan remaja perempuan yang menampar tentera Israel dilanjutkan demikian diputuskan mahkamah selepas rakaman video yang menunjukkan dia menampar seorang tentera rejim itu tular di media sosial.

    Mahkamah Tentera Israel membuat ketetapan itu terhadap Ahed Tamimi yang juga aktivis Palestin berprofil tinggi.

    Berusia 17 tahun, remaja ini berkempen menentang pendudukan Israel di Tebing Barat. Dia ditahan bersama ibunya selepas video itu dikongsi secara meluas oleh media Israel.

    Dalam rakaman video itu, tentera Israel dilihat tidak memberikan sebarang reaksi ke atas perbuatan berkenaan.

    Bapanya, Bassem berkata, tempoh tahanan Ahed dilanjutkan hingga 25 Disember ini tanpa sebarang sebab atau pengesahan pihak tentera.

    Terdahulu, rejim Zionis menahan seorang gadis Palestin berusia 21 tahun dikenali sebagai Nour Naji Tamimi yang juga sepupu kepada Ahed dan seorang lagi wanita.

    Video itu dipercayai dirakam berhampiran kediaman keluarga Tamimi di Nabi Saleh, utara Ramallah di Tebing Barat semasa tunjuk perasaan ke atas Presiden Donald Trump diadakan. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Tempoh Tahanan Ahed Dilanjut "