• Telefon Mini Jadi Rebutan Banduan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+


    LONDON – Setiausaha Kehakiman Britain, David Lidington mendesak kerajaan supaya mengharamkan penjualan telefon mini kerana menjadi sasaran untuk diseludup ke dalam penjara.

    Menurut beliau, telefon tersebut mudah didapati di laman web seperti Amazon, Gumtree dan eBay. Peranti yang lebih kecil daripada gincu itu kini mendapat sambutan hangat dalam kalangan banduan kerana mudah disembunyikan dan diseludup ke dalam penjara.

    Peranti itu juga dicipta tanpa logam menyebabkan tidak boleh dikesan alat imbasan keselamatan BOSS yang digunakan di penjara-penjara di Britain.

    Telefon yang digelar ‘Beat the BOSS’ itu boleh dibeli pada harga serendah £25 (RM136), namun oleh kerana sambutan tinggi menyebabkan harga tersebut meningkat mencecah £500 (RM2,700) di dalam penjara.

    “Jelas bahawa telefon mini ini diiklankan dan dijual untuk tujuan diseludup.

    “Saya menggesa penjual atas talian dan laman web perdagangan agar menarik balik produk yang diiklankan untuk melepasi alat pengesan di penjara,” katanya. – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Telefon Mini Jadi Rebutan Banduan "