• TEKUN Nasional Sasar Bantu 35,000 Usahawan

    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional mensasarkan membantu 35,000 usahawan mikro tahun depan menerusi peruntukan sebanyak RM500 juta, yang diumumkan dalam Bajet 2018.

    Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Baharom Embi, berkata daripada jumlah itu, pembiayaan sebanyak RM450 juta disediakan untuk 31,000 usahawan Bumiputera manakala RM50 juta lagi untuk 4,000 usahawan masyarakat India.

    Pembiayaan TEKUN Nasional kini ditawarkan dalam jumlah maksimum RM100,000 berbanding RM10,000 pada awal penubuhannya.

    Baharom berkata, keutamaan itu ditawarkan kepada peminjam sedia ada dengan keupayaan perniagaan yang dinamik, berdaya saing dan berupaya untuk dimajukan ke tahap lebih besar serta mempunyai rekod pembayaran baik.

    Sejak ditubuhkan pada 1998 hingga kini, TEKUN Nasional sudah menyalurkan RM4.93 bilion kepada 399,335 usahawan. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " TEKUN Nasional Sasar Bantu 35,000 Usahawan "