• Teknologi Tinggi Digunakan Dalam Meningkatkan Pengeluaran Industri Ternakan Di Sarawak

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+


    KUCHING: Teknologi tinggi baharu bakal digunakan dalam pengeluaran industri ternakan negeri khasnya kambing pada tahun depan.

    Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Mementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini semalam.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, antara pendekatan yang bakal diperkenalkan termasuk teknologi ‘tagging’ dan permanian beradas (artificial insemination-AI) bagi meningkatkan pengeluaran ternakan.

    “Kita meneliti kebolehan pendekatan teknologi dalam ternakan kita terutama kambing mulai tahun depan.

    “Antaranya ‘tagging’ untuk menjejak dan AI yang akan membantu meningkatkan baka pengeluaran ternakan,” katanya.

    Uggah memberitahu, melalui teknologi berkenaan ia dapat melipatgandakan industri ternakan daging dan tenusu dari negeri ini.

    Menrutnya, Sarawak perlu meneliti model penternakan yang betul dalam membangunkan lagi industri penternakan di Sarawak sekali gus memerlukan orang berpengalaman serta serius dalam bidang berkenaan.

    Sehubungan itu beliau amat mengalu-alukan dan memuji langkah Brangka dalam membangunkan industri penternakan kambing yang diharap menjadi contoh kepada penternak lain.

    “Kerajaan sentiasa menyokong dan akan terus membantu penternak seperti Brangka dalam usaha kita meningkatkan lagi industri ini,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Teknologi Tinggi Digunakan Dalam Meningkatkan Pengeluaran Industri Ternakan Di Sarawak "