• Tawaran Ardell Dibatalkan Selepas Bertudung

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+



    PELAKON Ardell Aryana mengakui beberapa produksi membatalkan tawaran berlakon setelah mengetahui dia kini bertudung.

    Ardell atau nama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin, 27, berkata dia tidak berasa kecewa mengenai perkara tersebut kerana percaya ada rezeki lain yang datang.

    "Saya sudah empat kali ditolak tawaran berlakon selepas pihak produksi dapat tahu yang saya kini sudah bertudung.

    "Mungkin sebab watak yang ditawarkan tidak sesuai. Namun, saya tak rasa sedih atau kecil hati.

    "Sebab saya percaya ada rezeki yang lain akan datang dan Alhamdulillah, selepas daripada itu, saya ada menerima beberapa tawaran yang lebih baik," kata Ardell kepada mStar Online.

    Ardell diminta mengulas foto-foto dia bertudung dan seakan sudah berhijrah ke arah kebaikkan di laman Instagramnya.

    Menurut Ardell, dia menyimpat hasrat untuk melakukan penghijrahan terbesar dalam hidupnya sejak tahun lalu namun terpaksa ditangguh atas urusan kerja.

    Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk berhijab pada pertengahan bulan September lalu ketika bercuti seorang diri ke Pulau Bali, Indonesia.

    "Saya dah lama simpan hasrat nak berhijrah sejak ulang tahun kelahiran mak saya tahun lalau tapi tidak kesampaian.

    "Terpaksa ditangguh sebab ada beberapa kontrak drama yang memerlukan saya tidak bertudung.

    "Allhamdulillah, saya dapat kekuatan ketika bercuti seorang diri di Bali dan sejak itu saya terus bertudung," ujarnya.

    Dalam pada itu, Ardell memberitahu masih ada lagi wanita yang menghantar mesej peribadi di laman Instagram ingin menjadikan dia kekasih.

    Namun, pelakon wanita ini tidak mengambil peduli perkara berkenaan dan memadam mesej-mesej tersebut.

    "Masih ada lagi wanita-wanita yang mesej secara peribadi di laman Instagram nak jadikan saya kekasih mereka.

    "Biarpun saya dah bertudung pun masih lagi ada orang anggap saya lesbian. Tapi saya padam sahaja mesej tersebut," kata Ardell.

    Terdahulu, Ardell pernah dikaitkan menjalinkan hubungan songsang disebabkan penampilan berambut pendek seperti lelaki.

    Subjects:

  • No Comment to " Tawaran Ardell Dibatalkan Selepas Bertudung "