• Taufan Dan Skandal Seks Carian Tertinggi Di Internet

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+

    SAN FRANCISCO: Taufan Irma, bitcoin, skandal seks dan kisah cinta diraja menjadi antara topik utama mencatatkan jumlah carian tinggi di Google tahun ini.

    Irma, berada di tempat teratas cerita paling popular di seluruh dunia menyentuh soal berita atau pencarian di Google mengikut senarai topik dan tokoh trending yang disiarkan semalam oleh syarikat beribu pejabat di California.

    Kisah mengenai mata wang maya, bitcoin, berada di tempat kedua menjadi berita paling dicari, diikuti liputan kes tembakan beramai-ramai di Las Vegas, krisis dengan Korea Utara dan gerhana matahari.

    Model iPhone terbaharu, Apples berada di tangga kedua dan ketiga secara keseluruhan dan menjuarai carta dalam pencarian peralatan elektronik pengguna.

    Pencarian terbanyak keempat memberi tumpuan kepada hos televisyen, Matt Lauer, yang menjadi tokoh mengumpul paling banyak tarikan di internet.

    Kerjaya sebagai hos selama dua dekad acara 'Today' berakhir bulan lalu susulan dakwaan gangguan dilakukan terhadap pekerja wanita.

    Dua lagi tokoh yang terbabit dalam tuduhan gangguan seksual adalah penerbit Harvey Weinstein dan pelakon Kevin Spacey yang berada dalam senarai lima tokoh yang mencetuskan pencarian atas talian tahun ini.

    Tokoh kedua paling banyak dicari di Google adalah aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle, yang bertunang dengan Putera Harry baru-baru ini. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Taufan Dan Skandal Seks Carian Tertinggi Di Internet "