• Tapisan Ketat Pastikan Calon BN Benar-Benar Layak

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Semua calon Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan kita tapis dengan ketat melalui agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), demikian tegas Ketua Menteri Datuk patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

    Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri memberitahu bahawa tapisan ketat dilakukan agar insiden yang berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut tidak berulang.

    "Kita tidak mahu kelak, calon tidak berkelayakan bertanding.

    "Sebagai contoh, calon berkenaan bukan lagi warganegara Malaysia, sebab itu mereka perlu ditapis dan diperiksa," katanya menurut laporan Utusan Borneo.

    Mengulas lanjut, ketua menteri berpendapat semua calon BN yang lain akan diletakkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga melalui proses yang sama seperti yang dilakukan oleh BN Sarawak. - Sarawakiana
  • No Comment to " Tapisan Ketat Pastikan Calon BN Benar-Benar Layak "