• Tangan Budak 5 Tahun Tersepit Dalam Mesin Pengadun Kuih

    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+


    KUCHING: Sebuah keluarga di sini gempar dan berdepan detik cemas apabila seorang kanak-kanak lelaki tersepit tangan dalam mesin pengadun kuih.

    Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengahari tadi, kanak-kanak tersebut yang berusia 5 tahun itu mengalami perdarahan pada tangan sebelah kiri.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesahkan, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan.

    "Pihak bomba bertindak memotong dan membuka besi pengadun tersebut dengan menggunakan rescue tec," katanya

    Menurutnya, mangsa telah dihantar ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak dengan menggunakan jentera EMRS untuk menerima rawatan lanjut. - Sarawakiana
  • No Comment to " Tangan Budak 5 Tahun Tersepit Dalam Mesin Pengadun Kuih "