• Taktik Sorok Dadah Dalam Bagasi Penumpang Gagal Di Brazil

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+


    RIO DE JANEIRO : Taktik sorok dadah dalam bagasi penumpang menerusi penerbangan menuju ke Eropah berjaya digagalkan pihak berkuasa Brazil.

    Serentak itu, 27 pengedar dadah yang paling dikehendaki diberkas.

    Menurut ejen persekutuan Brazil, geng terbabit melakukan operasi haram itu di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Rio De Janeiro.

    Kejayaan membanteras operasi berkenaan dilakukan selepas 10 bulan melakukan intipan, risikan dan maklumat.

    Ia melibatkan kerjasama pelbagai pihak, antaranya kakitangan lapangan terbang, kastam dan beberapa individu dalaman.- Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Taktik Sorok Dadah Dalam Bagasi Penumpang Gagal Di Brazil "