• Tak Tahan Layan Nafsu ‘Buas’ Suami, Isteri Minta Cerai

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+

    SEORANG wanita mendakwa menderita akibat nafsu ‘buas’ suami sendiri yang sering memaksanya untuk melakukan aksi pelik ketika bersetubuh dalam satu kejadian, baru-baru ini.

    Dalam kejadian yang tidak dinyatakan lokasi dan masa itu jelas menyaksikan penderitaan yang dialami oleh wanita yang dikenali dengan nama Mia itu adalah sangat berat dan bukan satu perkara yang biasa.

    Memetik sumber, Mynewshub difahamkan ‘fantasi’ pelik suami mangsa yang dikenali sebagai Juan itu bermula akibat daripada kekerapan lelaki berkenaan menonton filem lucah yang agak keterlaluan.

    Kesan daripada perkara tersebut, Juan dikatakan sering kali melakukan pelbagai aksi pelik dan ‘ganas’ termasuk menyakiti diri Mia bagi merangsang nafsu syahwat untuk bersetubuh.

    Mia berkata lagi sepanjang perkahwinan mereka, dia kerap kali diperlakukan seperti binatang oleh suaminya sendiri ketika bersetubuh termasuk dirantai, diikat serta digantung seperti seekor anjing.

    Tidak habis di situ, malah Mia juga mengakui turut dipukul sehingga lebam sekiranya gagal memenuhi kehendak sadistik suaminya itu.

    Ekoran tidak tahan melayan nafsu ‘binatang’ Juan, Mia bertekad mengambil keputusan untuk bercerai bagi menamatkan penderitaan yang dialaminya.

    Susulan perkara itu, mimpi ngeri wanita berusia 30 tahun tu akhirnya tamat apabila keputusan mahkamah berpihak pada Mia.

    Suaminya pula ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

    Sementara itu, ditanya mengenai faktor yang mendorong Mia mengambil tindakan itu, dia berkata dikhuatiri perangai tidak elok itu menjadi ikutan anak-anaknya kelak.

    Selain itu, pada masa yang sama dia turut mengakui ragu-ragu akan kesetiaan lelaki berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

    Subjects:

  • No Comment to " Tak Tahan Layan Nafsu ‘Buas’ Suami, Isteri Minta Cerai "