• Tak Sempat Seludup 1.9 Juta Pil Khayal

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+


    BANGKOK – Tentera Thailand menembak mati lima penyeludup dadah dan merampas 1.9 juta pil methamphetamine di satu kawasan hutan di Chiang Rai semalam.

    Tentera memberitahu, askar meningkatkan kawalan di sepanjang sempadan dengan Myanmar di daerah Mae Pha Luang sejak kelmarin.

    Kawalan ditingkatkan selepas tentera menerima maklumat ada sejumlah besar dadah yang cuba diseludup masuk ke Thailand.

    “Pada jam 5 pagi (waktu tempatan) tentera mengesan 20 orang membawa bungkusan dan senjata berjalan kira-kira 700 meter ke dalam kawasan sempadan.

    “Askar mengarahkan suspek berhenti tetapi mereka melepaskan tembakan menyebabkan kami terpaksa membalas serangan.

    “Pertempuran berlangsung selama 10 minit sebelum anggota kumpulan itu melarikan diri,” kata tentera dalam satu kenyataan kepada Bangkok Post.

    Menurut kenyataan itu, selepas pertempuran berakhir askar menemui mayat lima lelaki dan 19 bungkusan di lokasi berkenaan.

    Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati bungkusan itu mengandungi kira-kira 1.9 juta pil methamphetamine.

    Pihak berkuasa percaya pil methamphetamine itu diseludup masuk untuk dipasarkan di Thailand. – Agensi/myMetro Online

    Subjects:

  • No Comment to " Tak Sempat Seludup 1.9 Juta Pil Khayal "