• Taiwan Dipayung Pelangi Hampir Sembilan Jam

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+

    TAIPEI - TAIWAN . Anugerah dari langit. Begitulah kata-kata seorang profesor di Taiwan apabila beliau menyifatkan pelangi yang menurutnya paling lama bertahan di dunia setakat ini.

    Pelangi tersebut bertahan selama lapan jam dan 58 minit - dari 6.57 pagi hingga 3.55 petang - berdasarkan rakaman dua profesor Universiti Budaya China (CCU).

    Profesor Chou Kun-hsuan dan Liu Ching-huang dari Jabatan Sains Atmosfera universiti itu sedang berusaha mengumpul segala bukti untuk diserahkan dalam permohonan bagi diiktiraf Rekod Dunia Guinness.

    Lebih menarik lagi, pada hari sebelumnya, mereka memantau sebuah pelangi yang melepasi rekod enam jam.

    Oleh itu, para profesor jabatan berkenaan sudah pun menyediakan peranti untuk memantau pelangi sehari selepasnya iaitu pada 30 November lalu.

    Menurut BBC, sekiranya diluluskan, ia memecah rekod enam jam di Yorkshire, England pada 14 Mac 1994.

    “Apabila kami memecah rekod selepas menjangkau enam jam. Saya sangat teruja,” kata Profesor Chou.

    Beliau turut menjelaskan kepada Taiwan News bahawa musim monsun timur laut memerangkap kelembapan di udara membuat pelangi bertahan dengan lama.

    Kelembapan merupakan ciri-ciri yang terbaik bagi kemunculan pelangi di kawasan berkenaan. - Metro UK/Asian Correspondent

    Subjects:

  • No Comment to " Taiwan Dipayung Pelangi Hampir Sembilan Jam "