• Syarikat Anak Sarawak Sertai Forum Pencegahan Kebakaran Antarabangsa

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: 1st Fire Rescue Sdn Bhd merupakan satu-satunya syarikat dari Malaysia timur yang terpilih menyertai persidangan Forum Pencegahan Kebakaran Antarabangsa Malaysia-Jepun di sini hari ini.

    Syarikat itu yang berpangkalan di Kuching milik sepenuhnya anak Sarawak mendapat kepercayaan untuk mewakili Malaysia pada persidangan tersebut, yang juga merupakan pengedar tunggal di negara ini untuk pemadam api jenis First Fire Rescue (FFR) .

    FFR adalah produk pemadam api jenis automatik yang bertindak memadam api dengan sendirinya apabila terkena punca api.

    Produk FFR boleh didapati dalam tiga 3 jenis dan segmen iaitu; untuk kegunaan rumah dan pejabat, untuk kegunaan dalam ruang enjin kenderaan, dan untuk kegunaan bangunan premis atau kilang.

    Ianya merupakan satu-satunya produk pemadam api yang sangat berbeza dengan produk yang dipersembahkan semasa forum dan mendapat surat kebenaran dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

    Maklumat lanjut mengenai produk FFR boleh didapati dengan melayari laman Facebook 1st Fire Rescue Sdn Bhd

    Japan - Malaysia International Forum on Fire and Disaster Management 2017 buat kali keduanya menganjurkan persidangan di negara ini dengan kerjasama Malaysian Fire Protection Association (MFPA), Fire Disaster Management Agency Government of Japan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

    Persidangan tersebut bertujuan berkongsi pengalaman, teknologi terkini berkaitan kaedah mencegah serta mengendali kebakaran dan operasi menyelamat.

    Sejumlah 9 syarikat Malaysia dan 14 Syarikat Jepun yang terlibat dalam bidang pencegahan kebakaran menyertai persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

    Majlis perasmian disempurnakan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato' Sri Wan Mohd Nor bin Haji Ibrahim.- Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Syarikat Anak Sarawak Sertai Forum Pencegahan Kebakaran Antarabangsa "