• Syak Baham Pemancing, Penduduk Belah Perut Buaya

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+

    SERIAN : Seekor buaya sepanjang dua meter dibelah perut berikutan reptilia itu dipercayai membaham seorang pemancing.

    Reptilia itu ditangkap semalam selepas membaham umpan yang dipasang staf Jabatan Hutan Sarawak di Sungai Kampung Sebemban, Gedong di sini, lapor Harian Metro.

    “Penduduk kemudiannya membuat keputusan untuk membelah perut buaya namun tiada organ manusia ditemui,” kata jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

    Beliau berkata buaya itu dikatakan membaham Ariff Bagoh, 45, susulan kesan tapak kaki reptilia itu ditemui dekat peralatan pancing milik mangsa pada 6 Disember lalu. - MalayMail
  • No Comment to " Syak Baham Pemancing, Penduduk Belah Perut Buaya "