• Susu Tepung Di Sarawak Asli, Selamat

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Ibu bapa tidak perlu bimbang membeli susu tepung untuk anak-anak mereka kerana susu tepung bayi dan kanak-kanak yang dijual di Sarawak semua asli dan selamat kerana tiada susu tepung palsu, demikian kata Ketua Kesihatan Awam, Kementerian Kerajaan Tempatan Dr Cheong Yaw Liang.

    Menurutnya, setakat ini tiada laporan atau penemuan susu tepung palsu yang dibuat.

    "Pemeriksaan di Servey Hupermarket merupakan tindakan yang pertama dilakukan di negeri ini untuk memastikan tiada penjualan susu tepung palsu.

    "Kami akan pergi ke semua pasar raya dan kedai tanpa memakai pakaian seragam untuk memastikan semua susu tepung yang dijual adalah selamat," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Ujarnya, susu tepung yang diperiksa juga akan diambil sampel untuk diuji rumusannya bagi memastikan ia benar-benar asli dan berkualiti. - Sarawakiana
  • No Comment to " Susu Tepung Di Sarawak Asli, Selamat "