• Suspek Tiada Kaitan Militan Bangladesh

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    DHAKA: Suspek utama cubaan meletupkan diri di New York, Isnin lalu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan militan di Bangladesh.

    Menurut Ketua Pasukan Unit Counter Terrorism, Monirul Islam, siasatan mereka tidak menjumpai sebarang bukti untuk mengaitkan Akayed Ullah, 27, dengan mana-mana kumpulan militan di negara itu.

    "Kami telah mengumpul maklumat dari ahli keluarganya, termasuk isteri, ayah dan ibu mertuanya," kata Monir dalam satu temubual, hari ini.

    "Hasil bukti yang dikumpulkan tidak menunjukkan bahawa dia mempunyai kaitan atau mengenali sesiapa yang terlibat dalam kegiatan keganasan," tambah Monir.

    Isnin lalu, Akay cuba meletupkan sebutir bom di sebuah terminal bas di Manhattan, namun bom yang dibawanya gagal meletup sepenuhnya.

    Dia yang cedera kemudiannya dimasukkan ke hospital dengan kawalan ketat polis. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Suspek Tiada Kaitan Militan Bangladesh "