• Suspek kes curi kereta ditahan kurang 24 jam

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+


    TAWAU: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki terbabit dengan kes curi kereta kurang 24 jam di Jalan Chester, dekat sini, pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata lelaki warga asing berumur 31 tahun itu ditahan sepasukan anggota Rondaan Cegah Jenayah (RCJ), kira-kira jam 9 pagi.

    "Bertindak atas maklumat anggota RCJ terserempak dengan sebuah kenderaan yang dilaporkan hilang dicuri, dipandu oleh suspek lelaki menghala ke Jalan Kuhara.

    "Menyedari kehadiran polis, suspek terus memecut untuk melarikan diri. Bagaimanapun, kereta yang dipandu suspek terbabas lalu merempuh penghadang jalan," katanya di sini, hari ini.

    Fadil berkata, suspek kemudian ditahan dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamin.

    "Perintah reman akan dimohon hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Suspek kes curi kereta ditahan kurang 24 jam "